Rakan niaga yang dihormati,

Selamat datang ke Francazure! Anda hanya selangkah jauh untuk memulakan kerjaya baru yang menarik dengan Syarikat Pemasaran Rangkaian yang berprestij dan bereputasi baik.

Dalam millennium baru ini, semakin ramai orang mementingkan kesihatan dan kesejahteraan hidup. Francazure memegang teguh visi untuk menubuhkan Global Aromatherapy Kingdom (Dunia Aromaterapi) dan memainkan peranan proaktif dalam menyediakan kualiti hidup yang lebih baik. Penubuhan kami dan penghasilan produk premium memenuhi keperluan para pengguna dan sebagai Pengedar, anda menjadi rakan kongsi kami dalam membantu orang lain meningkatkan kualiti kehidupan mereka.

Sebagai Pengedar kami, anda dijamin dengan platform yang stabil dan berterusan untuk membina kerjaya anda bersama kami. Dari pelan pemasaran yang kukuh, komitmen kepada latihan dan peningkatan, hak untuk inisiatif seperti perkhidmatan ESTEBEL Spa dan e-dagang akan meningkatkan operasi secara keseluruhan; Francazure terus kekal sebagai peneraju dalam industri ini. Rancangan yang menarik sedang menunggu untuk memperluaskan tapak kami di arena global!

Perkongsian dengan Francazure akan berkuatkuasa selepas penerimaan dan kelulusan Borang Permohonan Pengedar anda serta tandatangan anda pada Kontrak. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami.

Kami percaya bahawa kerjaya anda sebagai Pengedar kami amat bermanfaat. Pencapaian anda adalah di dalam tangan anda sendiri kerana kami percaya bahawa setiap ganjaran setimpal dengan usaha dan kebolehan setiap Pengedar. Kami menjaminkan anda bahawa Syarikat dan penaja anda akan berkomited untuk kejayaan anda.

Dengan ikhlas,

Kim Huynh
Pengerusi